Sunday, December 25, 2011

teruskan mencuba

kalau ingat, macam nak tergelak juga kan
seorang kawan sekolah
yang aku selalu gaduh dengan dia
sangat geram
dia selalu panggil saya gemuk
masa tu tingkatan tiga
jumpa dia je walau di mana-mana
mesti kena sembur
saya benci awak (ABU HANIFAH)

setelah sekian lama
terjumpa di "FACEBOOK"
dia boleh tanya: "kau buat pembedahan plastik ke?"
memang sangat terasa...
walaupun saya taklah cantik, tapi tak terfikir lagi ke situ
lagipun mampu ke nak buat semua tue

dulu kulit saya memang teruk
berlubang-lubang, gelap, kusam
dan yang paling penting
tak berseri

setelah setahun mencuba
naik tingkatan empat dah mula menunjukkan perubahan yang agak ketara

nak tahu guna apa??tradisi sahaja dan yang paling penting jimat

MASKER TELUR AYAM

mula-mula amik tisu kotak (tisu lain tak jadi)
lipat kepada tiga
lepas tu gunting kecik-kecik ikut saiz yang awak nak

seterusnya tebuk telur
jangan besar-besar
keluarkan putih telur sahaja
(hati-hati jangan bercampur yang kuning pula)



bersihkan muka dahulu ya
masukkan telur dalam bekas
tisu yang dipotong sekali
berdiri di hadapan cermin


boleh mula
celup tisu dalam telur
jangan lama-lama takut tisu hancur
boleh lekapkan kat muka
(biasa saya akan mulakan dengan bahagian hidung)

selepas itu ulang kerja tadi
tampal seluruh muka
pastika ia bersambung
(senang nak buka nanti)

dah habis tu, rehatkan diri
(nak cepat, duduk depan kipas)
pastikan tak bercakap
nanti terbuka

tunggu sampai betul-betul kering
yea...kulit sangat gebu
cubalah buat 2x seminggu
seronok!!!
selamat mencuba ya....