Friday, January 27, 2012

LOVE AND ISLAM

C.I.N.T.A ...rasanya semua tahu apa itu cinta. Cinta sebenarnya adalah fitrah manusia sebagai makhluk Allah S.W.T yang diciptakan untuk bersujud, bersyukur dan mengagungkan asma Allah, bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT di atas kurniaan dan hidayahNya. cinta terbahagi kepada banyak bahagian antaranya: 



1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang paling agung dalam kehidupan seseorang manusia ialah cinta kepada Allah S.W.T yang telah menciptakan kita sebaik-baik kejadian.
Sinaran cinta kepada pencintanya yang satu mendorong keikhlasan untuk mengabdikan diri kepada  Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap dan teguh. Firman Allah SWT :
“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)
2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan Para Nabi
Manusia yang hidup dalam kegelapan memerlukan cahaya baru untuk terus berda di landasan yang dirahmati Allah S.W. T dan Rasullah s.a.w telah diutuskan oleh Yang Maha Esa untuk memimpin tangan hamba-hambanya untuk terus beramal ibadah kepada Allah S.W.T.
 Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para nabi yang telah banyak berusaha untuk membantu manusia ke jalan yang benar. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka."
3. Cinta Sesama Mukmin
Cinta sesama manusia tidak boleh dielakkan kerana kasih sayanglah yang mengeratkan persaudaraan di antara sesama manusia. Selain mencintai Allah dan rasulnya, manusia hendaklah menyayangi kedua ibu bapanya. Ibunya yang telah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari dan bertarung nyawa untuk melahirkan kesinambungan zuriat kurniaan Allah dan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”


Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah S.W.T :
“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)…
Inilah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya. amin