Sunday, December 25, 2011

teruskan mencuba

kalau ingat, macam nak tergelak juga kan
seorang kawan sekolah
yang aku selalu gaduh dengan dia
sangat geram
dia selalu panggil saya gemuk
masa tu tingkatan tiga
jumpa dia je walau di mana-mana
mesti kena sembur
saya benci awak (ABU HANIFAH)

setelah sekian lama
terjumpa di "FACEBOOK"
dia boleh tanya: "kau buat pembedahan plastik ke?"
memang sangat terasa...
walaupun saya taklah cantik, tapi tak terfikir lagi ke situ
lagipun mampu ke nak buat semua tue

dulu kulit saya memang teruk
berlubang-lubang, gelap, kusam
dan yang paling penting
tak berseri

setelah setahun mencuba
naik tingkatan empat dah mula menunjukkan perubahan yang agak ketara

nak tahu guna apa??tradisi sahaja dan yang paling penting jimat

MASKER TELUR AYAM

mula-mula amik tisu kotak (tisu lain tak jadi)
lipat kepada tiga
lepas tu gunting kecik-kecik ikut saiz yang awak nak

seterusnya tebuk telur
jangan besar-besar
keluarkan putih telur sahaja
(hati-hati jangan bercampur yang kuning pula)



bersihkan muka dahulu ya
masukkan telur dalam bekas
tisu yang dipotong sekali
berdiri di hadapan cermin


boleh mula
celup tisu dalam telur
jangan lama-lama takut tisu hancur
boleh lekapkan kat muka
(biasa saya akan mulakan dengan bahagian hidung)

selepas itu ulang kerja tadi
tampal seluruh muka
pastika ia bersambung
(senang nak buka nanti)

dah habis tu, rehatkan diri
(nak cepat, duduk depan kipas)
pastikan tak bercakap
nanti terbuka

tunggu sampai betul-betul kering
yea...kulit sangat gebu
cubalah buat 2x seminggu
seronok!!!
selamat mencuba ya....


tips belajar dengan bijak

alhamdulillah
dengan rahmat Allah S.W.T
saya masih lagi menuntut di UiTM yang saya cintai

memandangkan peperiksaan untuk pelajar ijazah akan bermula Januari ini
saya ingin berkongsi tips-tips nak dapatkan keputusan yang baik
.....banyaknya nak kena belajar..grrrrrrrrrrrrr
sama-sama kita berusaha ya??
okay..jom jom

1. mestilah kita kena  periksa jadual peperiksaan kita untuk semester nie
susun masa sebaiknya

- sekiranya terlalu padat, jangan risau. jangan menggelabah

2. sila pilih masa yang otak kamu boleh bekerja dengan cekap @ masa belajar paling efektif

- contohnya: saya akan mula mengulangkaji dari selepas maghrib sehingga 12 tengah malam.











3. Ok! kita akan memulakan ulangkaji kita, ini yang perlu kita buat: sebelum belajar, pastikan perut sudah diisi.


   a) kita akan belajar untuk satu-satu kertas. baca nota (kalau ada), baca dan paham ok.
   b) seterusnya, kalau ada bahagian yang tidak difahami. sila tanya sahabat handai. pada masa ini, tolonglah          ketepikan ego sebab bagi saya untuk belajar kita tak perlu nak malu. kalau malu sangat nak bertanya cuba "Google Search" mungkin ada maklumat yang boleh membantu.
   c) kita kan ada soalan-soalan semester lepas.  jangan malas nak "print". kalau tak "print" nak tengokk guna laptop/ komputer sahaja memang tak akan menjadilah. sila buat!!!

4. pastikan kita mendapat rehat yang cukup. jangan memaksa, badan kita memerlukan rehat.


5. berdoa, itu yang penting. dariNya kita memohon pertolongan.


6. restu, daripada ibu dan bapa sangat penting.


7.sebelum masuk dewan peperiksaaan, buat "review" untuk kali terakhir. jangan bawa nota sehingga ke dewan, ini boleh menambahkan tekanan..







8. semoga berjaya.....

Friday, February 25, 2011

kasihannya si anak kecil itu

pagi-pagi hari ini..aku dah menjejakkan kaki ke medan pro uitm machang..
berkobar-kobar nie...nak dengar ceramah..
ada satu  slot yang amat buat aku tersentuh...

pasal kes buang bayi...
aduhai.....sayang sangat..
mereka sesungguhnya tak berdosa kan..
sampai sanggup membuang ke longkang, ke sungai, tepi-tepi jalan, tong sampah..
terfikir jugakkan..kalau baby tue tak mati lagi masa kena buang..
macam manalah baby menghadapi kematian dia..
subhanallah....tak dapat aku bayangkan....
kenapa sampai sanggup menghina mereka dengan membuang mereka dengan cara yang hina sebegitu rupa..
mereka teramatlah suci...
andai betul rasa bersalah...berilah peluang untuk mereka melihat dunia..
merasai apa itu kasih syang ibu bapa...
mengerti apa makna sebuah kehidupan

ya tuhan apa makna semua ini..
mengapa mereka dihina sebegitu rupa??
hilangkah perikemanusiaan dalam hati manusia??
hilangkah kasih mereka pada darah daging sendiri....
apakah penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah ini..
pendidikan seks???sekolah untuk ibu mengandung...

rasa yang paling utama....teras agama perlu diperkukuhkan..
anak-anak muda sudah tidak memahami apa itu syariat islam..
bergaul sesuka hati mereka..
tuntutan dunia untuk menyambung kehidupan membuatkan ibu bapa..
terleka menjaga aspek agama di rumah...dibiarkan semata di tangan guru..

kasihanilah bangsa yang akan datang...semoga tiada lagi kes buang bayi..amin..