Sunday, February 26, 2012

seefood naik ke daratan 8 MAC 2012..

seefood??menonton iklannya di kaca tv sudah menarik minat kanak-kanak, malahan golongan dewasa turut merasakan siri animasi inggeris pertama anak-anak Malaysia ini mampu menarik pelbagai golongan ke panggung wayang.

ini ialah trailer filem ini!!
seronok kan??

filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak yang amat menyeronokkan.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!!
jangan lupa menonton ya....pasti tak kering gusi...bawak satu keluarga..

siapa pilihan mu.....

bercinta..
berkasih..
adalah kemanisan percintaan yang saya alami..
jatuh cinta amat indah...

terus terang..menyintainya membuat saya gembira
mengenalinya membuat saya ceria
membuat hidup saya lebih bermakna

saya bukan sempurna
hanya manusia biasa
saya hanya inginkan kebahagian
perlindungan daripada seorang lelaki
yang mampu melindungi saya

saya tahu
awak selalu marah saya
saya mengharapkan perhatian
awak selalu cakap awak sibuk

saya marah
saya nak perhatian awak
"saya bosan"
hati saya pilu


kenapa perlu bosan dalam perhubungan?
saya siapa?
bercinta pun dah bosan
ini lagi nak kahwin

saya terfikir
kenapa?
awak bosan?
saya selalu tanya awak...
macam mana nak gembirakan hati awak...

Tuesday, February 14, 2012

wahai si dara..jagalah santunmu

alhamdulillah.. kehadiran "twitter" dan "facebook" memeriahkan lagi media kemunikasi manusia. jika dulu adalah "myspace" dan "friendster" kini kita ada tawaran yang lebih hebat. tetapi semakin canggih teknologi, kenapa manusia semakin hilang kesopanannya??


saya jadi pelik dan hairan,, seorang gadis bertudung litup mengeluarkan status di laman muka bukunya "ko  sape??ko ingat aku tak kenal ko??pergi mampus lah, B*B*!!!".


ada juga yang mengeluarkan kenyataan mengatakan lenanya diganggu azan. Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.


patutkah seorang gadis mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa? jangan wahai teman. jangan jatuhkan maruahmu yang terlalu tinggi di sisiNYA..
ingatlah, kemana kita melangkah jangan sesekali lupa dari mana asal usul kita.

VALENTINE'S DAY ( tidak untuk orang islam)

hari kekasih, semua orang mengatakan ianya adalah hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang yang kita sayang. mari kita mendalami HARI KASIH SAYANG..



 SEJARAH VALENTINE:


 Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.


DARI PANDANGAN ISLAM:


Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.


Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
 

allahuakbar...

HANYA UNTUK AWAK...KAWAN SAYA

nikmatnya cinta

                                                           MENAWAN HATI SI DIA
yang pertama sekali ialah awak kena jadi diri sendiri. jangan sesekali bohong tentang siapa awak, minat awak semata-mata awak nak tampil sempurna di mata dia. bukan saya nak awak "tak pandai" di mata dia, tidak sama sekali. tapi kalau saya sendiri saya sendiri tak suka orang yang berbohong.

jambatan kasih kau dan aku
yang keduanya, jadilah jejaka yang berhemah dan bersantun. dalam maksudnya bukan? dalam teknologi serba canggih ini kebanyakan teruna diluar sana melupakan batas-batas pergaulannya dengan si dara lantas mengucapkan kata-kata yang tidak sedap didengar oleh si dara.

yang ketiga ialah jagalah penampilan diri kita. walaupun menggemari gaya yang "simple" tak semestinya selekeh kan??kena kemas dan sedap mata memandang, yang ada janggut dan misai "trimmed"lah dahulu sebelum berjumpa si dia. contohnya pakailah wangi-wangian(jangan terlebih pula, pening nanti) dan jangan menghisap rokok(bau dia boleh membuat wanita tak selesa).

yang keempat, awak kenalah sentiasa jujur berkawan dengan si dia. bukan saya suruh awak buat "report" 24 jam tetapi cukuplah dia mengetahui awak pergi kemana dan dengan siapa.

yang kelima ialah mesej selamat pagi dan selamat malam. nampak "simple" kan?? saya tak suruh awak mesej dia banyak kali.. pagi sekali, malam sekali. manis sangat kan?? ini juga membantu untuk menampkkan yang awak tak adalah terdesak untuk mendapatkan si dia..



try to be rainbow in someone's cloud


untuk awak, semoga berjaya... semoga awak menemui cinta si dia yang membahagiakan awak.

bakal kawan-kawan comel saya




assalamualaikum..setelah dua hari sakit kepala, saya masih mencari-cari apa yang perlu saya lakukan untuk cuti semester ni..maklumlah, dah bosan sangat-sangat kan...dan hari ini saya bahagia..

nak tahu kenapa???saya dah jumpa hobi baru. yang saya akui memakan duit sedikitlah sebab nak beli bahan-bahan dia dan barang pon baru nak order..semangat tahap dewa dah ni..kan kan??seronok tengok hasil-hasil dia..nanti saya akan uploadkan setiap hasil kreatif saya.. ya ya saya cuba untuk kreatif..

apa hobi baru ya??saya nak cuba buat buah tangan yang comel-comel macam key chain, perhiasan handphone dan yang paling menarik, saya nak buat "cover" untuk handphone saya dan saya nak designkan untuk kakak-kakak saya yang ada..semangat tak?? kalau kawan-kawan nak order boleh jugak dekat sini  SUS n d FELT.

banyak barang-barang menarik. dari situ pon boleh order tapi saya nak cuba buat sendiri...selamat mencuba...
dah tak sabar nie..grrrrrrrr



Thursday, February 9, 2012

...makluman kepada pelajar UiTM...

...........................................................KEMAHIRAN INSANIAH!!!
Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik. Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentangnya, tetapi kebanyakkannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama, berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah adalah elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas..


Saya baru mendengar semua ini ketika mendaftarkan diri di UiTM Machang pada Januari 2010.. Ia telah berkuatkuasa pada semester Julai 2009.. Senior sayalah kan walaupun umur mereka lagi muda..


bercerita tentang kemahiran insaniah yang kedengaran tak penting pada pelajar sebab yang pasti, tiada taklimat diberikan tentang kemahiran insaniah di UiTM kami.. kami tak pasti di UiTM lain ada atau tidak. disebabkan tidak jelas tentang kemahiran insaniah, saya berjumpa sendiri ENCIK TAUFIQ.. dan alhamdulillah..penerangan yang amat bermakna, tapi bagaimana dengan kawan-kawan saya yang tidak mengetahui semua ini.


KEMAHIRAN INSANIAH:

1. para pelajar boleh mendapatkan buku KEMAHIRAN INSANIAH di HEP UiTM masing-masing. (penting untuk pelajar baru terumatanya, yang mendaftar semester Julai 2010 dan terkini).

2.pelajar dikehendaki mengisi setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang semester di dalam buku KEMAHIRAN INSANIAH dan hendaklah disahkan oleh pegawai yang berkenaan (PENASIHAT PERSATUAN/KELAB atau PEGAWAI HEP).

3.langkah seterusnya, pada setiap semester pelajar akan dikehendaki mengisi maklumat aktiviti di student portal UiTM kena login dulu lah ya..

4  pilih  e-HEP system : 
        PERINGATAN PENTING DAN MAKLUMAN ! 
            1. Markah KI boleh di key-in untuk 20122 - Semester 2 2011/2012 selewat-lewatnya 31 MAC 2012.
            2. Semua markah perlu dimasukkan sebelum tarikh berkenaan dan sebarang permintaan selepas tarikh        berkenaan tidak akan dilayan sama sekali.
           3. Sila rujuk Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) untuk maklumat lanjut.


5. semua maklumat ini akan disimpan dan pelajar akan mendapat transkrip KEMAHIRAN INSANIAH semasa grad nanti.

baucar buku 1Malaysia..


bertuahnya rakyat Malaysia kan??
pihak kerajaan memberi baucar buku 1 Malaysia kepada semua pelajar warganegara Malaysia.
tapi untuk pelajar sepenuh masa sahaja...
memanglah bersyukur dapat baucar tapi saya biasa beli buku dengan 
supplier buku yang datang ke universiti kami
disebabkan tengah semester break, terpaksalah habiskan baucar buku ni di POPULAR..
belanja lebih RM150 dapat keahlian percuma..

tetapi terkejut dengan berita pelajar menjual baucar untuk dapatkan duit.
ada ke patut buat macam tu..
memang tak patut kan....

pelajar jual baucar buku 1malaysia (bb1m) di internet bakal didakwa polis

Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat laporan polis berhubung dengan tindak beberap orang pelajar yang menjual Baucar Buku 1Malaysia di laman-laman internet seperti mudah.my. Mereka bakal di ambil tindakan la katakan.
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong  Baucar Buku RM200 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang..

janganlah rosakkan imej pelajar-pelajar di Malaysia..kesian kami.