Thursday, February 9, 2012

...makluman kepada pelajar UiTM...

...........................................................KEMAHIRAN INSANIAH!!!
Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik. Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentangnya, tetapi kebanyakkannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama, berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah adalah elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas..


Saya baru mendengar semua ini ketika mendaftarkan diri di UiTM Machang pada Januari 2010.. Ia telah berkuatkuasa pada semester Julai 2009.. Senior sayalah kan walaupun umur mereka lagi muda..


bercerita tentang kemahiran insaniah yang kedengaran tak penting pada pelajar sebab yang pasti, tiada taklimat diberikan tentang kemahiran insaniah di UiTM kami.. kami tak pasti di UiTM lain ada atau tidak. disebabkan tidak jelas tentang kemahiran insaniah, saya berjumpa sendiri ENCIK TAUFIQ.. dan alhamdulillah..penerangan yang amat bermakna, tapi bagaimana dengan kawan-kawan saya yang tidak mengetahui semua ini.


KEMAHIRAN INSANIAH:

1. para pelajar boleh mendapatkan buku KEMAHIRAN INSANIAH di HEP UiTM masing-masing. (penting untuk pelajar baru terumatanya, yang mendaftar semester Julai 2010 dan terkini).

2.pelajar dikehendaki mengisi setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang semester di dalam buku KEMAHIRAN INSANIAH dan hendaklah disahkan oleh pegawai yang berkenaan (PENASIHAT PERSATUAN/KELAB atau PEGAWAI HEP).

3.langkah seterusnya, pada setiap semester pelajar akan dikehendaki mengisi maklumat aktiviti di student portal UiTM kena login dulu lah ya..

4  pilih  e-HEP system : 
        PERINGATAN PENTING DAN MAKLUMAN ! 
            1. Markah KI boleh di key-in untuk 20122 - Semester 2 2011/2012 selewat-lewatnya 31 MAC 2012.
            2. Semua markah perlu dimasukkan sebelum tarikh berkenaan dan sebarang permintaan selepas tarikh        berkenaan tidak akan dilayan sama sekali.
           3. Sila rujuk Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) untuk maklumat lanjut.


5. semua maklumat ini akan disimpan dan pelajar akan mendapat transkrip KEMAHIRAN INSANIAH semasa grad nanti.