Thursday, February 9, 2012

baucar buku 1Malaysia..


bertuahnya rakyat Malaysia kan??
pihak kerajaan memberi baucar buku 1 Malaysia kepada semua pelajar warganegara Malaysia.
tapi untuk pelajar sepenuh masa sahaja...
memanglah bersyukur dapat baucar tapi saya biasa beli buku dengan 
supplier buku yang datang ke universiti kami
disebabkan tengah semester break, terpaksalah habiskan baucar buku ni di POPULAR..
belanja lebih RM150 dapat keahlian percuma..

tetapi terkejut dengan berita pelajar menjual baucar untuk dapatkan duit.
ada ke patut buat macam tu..
memang tak patut kan....

pelajar jual baucar buku 1malaysia (bb1m) di internet bakal didakwa polis

Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat laporan polis berhubung dengan tindak beberap orang pelajar yang menjual Baucar Buku 1Malaysia di laman-laman internet seperti mudah.my. Mereka bakal di ambil tindakan la katakan.
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong  Baucar Buku RM200 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang..

janganlah rosakkan imej pelajar-pelajar di Malaysia..kesian kami.