Sunday, February 26, 2012

seefood naik ke daratan 8 MAC 2012..

seefood??menonton iklannya di kaca tv sudah menarik minat kanak-kanak, malahan golongan dewasa turut merasakan siri animasi inggeris pertama anak-anak Malaysia ini mampu menarik pelbagai golongan ke panggung wayang.

ini ialah trailer filem ini!!
seronok kan??

filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak yang amat menyeronokkan.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!!
jangan lupa menonton ya....pasti tak kering gusi...bawak satu keluarga..

0 comments:

Post a Comment