dengan rahmat Allah S.W.T
saya masih lagi menuntut di UiTM yang saya cintai
memandangkan peperiksaan untuk pelajar ijazah akan bermula Januari ini
saya ingin berkongsi tips-tips nak dapatkan keputusan yang baik
.....banyaknya nak kena belajar..grrrrrrrrrrrrr |
okay..jom jom
1. mestilah kita kena periksa jadual peperiksaan kita untuk semester nie
susun masa sebaiknya |
- sekiranya terlalu padat, jangan risau. jangan menggelabah
2. sila pilih masa yang otak kamu boleh bekerja dengan cekap @ masa belajar paling efektif
- contohnya: saya akan mula mengulangkaji dari selepas maghrib sehingga 12 tengah malam.
3. Ok! kita akan memulakan ulangkaji kita, ini yang perlu kita buat: sebelum belajar, pastikan perut sudah diisi.
a) kita akan belajar untuk satu-satu kertas. baca nota (kalau ada), baca dan paham ok.
b) seterusnya, kalau ada bahagian yang tidak difahami. sila tanya sahabat handai. pada masa ini, tolonglah ketepikan ego sebab bagi saya untuk belajar kita tak perlu nak malu. kalau malu sangat nak bertanya cuba "Google Search" mungkin ada maklumat yang boleh membantu.
c) kita kan ada soalan-soalan semester lepas. jangan malas nak "print". kalau tak "print" nak tengokk guna laptop/ komputer sahaja memang tak akan menjadilah. sila buat!!!
4. pastikan kita mendapat rehat yang cukup. jangan memaksa, badan kita memerlukan rehat.
5. berdoa, itu yang penting. dariNya kita memohon pertolongan.
6. restu, daripada ibu dan bapa sangat penting.
7.sebelum masuk dewan peperiksaaan, buat "review" untuk kali terakhir. jangan bawa nota sehingga ke dewan, ini boleh menambahkan tekanan..
8. semoga berjaya.....