telah ditulis di dalam Al-Quran bahawa wanita telah dijadikan daripada tulang rusuk kaum Adam iaitu lelaki. Bertuahnya jadi seorang wanita kerana kita tahu telah diciptakan penjaga untuk kita meniti masa depan.
Disebutkan dalam sebuah hadis,“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka layanlah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)
Ini adalah amanah daripada Allah S.W.T kepada para kaum Adam sekalian untuk menjaga wanita sebaiknya, berbuat baik kepada kaum wanita, tidak menzalimi mereka serta sentiasa menjaga hak-hak sebagai seorang wanita. Jika kita mengamati sebaiknya hadis tersebut, sesungguhnya wanita adalah kurniaan Allah Taala kepada kaum Adam untuk dipelihara sebaiknya agar maruahnya tidak dicemari sebarang noda.
Dunia hari ini yang semakin moden seharusnya semakin mencabar kaum Adam untuk terus memelihara kesucian kaum Hawa. Semakin banyak penzinaan berlaku, kemaksiatan berleluasa di mana sahaja. Jadi di mana peranan kaum Adam yang seharusnya menjadi pelindung kaum Hawa???
Kaum Hawa yang sememangnya lemah dengan pujukan dan rayuan sang arjuna sanggup melakukan apa sahaja demi Adam yang dicintai. Kalau tidak mengikut apa yang diminta, dia tidak akan sayang saya lagi. Inilah kelemahan kaum Hawa.
Wahai Adam, bangkitlah kamu untuk menjadi pejuang yang besar melindungi kesucian kaum Hawa. Janganlah kamu cuba menyentuh Hawa walau sekelumit.
Wahai Hawa, tanamkanlah kekuatan dalam diri kamu melawan kehendak kaum Adam yang cuba menodai maruahmu. Percayalah, kamu lebih berharga daripada permata.
ADAM dan HAWA, jagalah kehormatan kamu. kamu akan lebih bahagia dan gembira tanpa kemaksiatan dan kemungkaran. walaupun kamu tidak dihormati oleh sahabat-sahabat kamu, percayalah nun di atas sana. ada yang bangga dengan kamu. amin.
PERKEMBANGAN ANAK KITA
5 years ago