Tuesday, February 14, 2012

bakal kawan-kawan comel saya




assalamualaikum..setelah dua hari sakit kepala, saya masih mencari-cari apa yang perlu saya lakukan untuk cuti semester ni..maklumlah, dah bosan sangat-sangat kan...dan hari ini saya bahagia..

nak tahu kenapa???saya dah jumpa hobi baru. yang saya akui memakan duit sedikitlah sebab nak beli bahan-bahan dia dan barang pon baru nak order..semangat tahap dewa dah ni..kan kan??seronok tengok hasil-hasil dia..nanti saya akan uploadkan setiap hasil kreatif saya.. ya ya saya cuba untuk kreatif..

apa hobi baru ya??saya nak cuba buat buah tangan yang comel-comel macam key chain, perhiasan handphone dan yang paling menarik, saya nak buat "cover" untuk handphone saya dan saya nak designkan untuk kakak-kakak saya yang ada..semangat tak?? kalau kawan-kawan nak order boleh jugak dekat sini  SUS n d FELT.

banyak barang-barang menarik. dari situ pon boleh order tapi saya nak cuba buat sendiri...selamat mencuba...
dah tak sabar nie..grrrrrrrr



Thursday, February 9, 2012

...makluman kepada pelajar UiTM...

...........................................................KEMAHIRAN INSANIAH!!!
Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik. Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentangnya, tetapi kebanyakkannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama, berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah adalah elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas..


Saya baru mendengar semua ini ketika mendaftarkan diri di UiTM Machang pada Januari 2010.. Ia telah berkuatkuasa pada semester Julai 2009.. Senior sayalah kan walaupun umur mereka lagi muda..


bercerita tentang kemahiran insaniah yang kedengaran tak penting pada pelajar sebab yang pasti, tiada taklimat diberikan tentang kemahiran insaniah di UiTM kami.. kami tak pasti di UiTM lain ada atau tidak. disebabkan tidak jelas tentang kemahiran insaniah, saya berjumpa sendiri ENCIK TAUFIQ.. dan alhamdulillah..penerangan yang amat bermakna, tapi bagaimana dengan kawan-kawan saya yang tidak mengetahui semua ini.


KEMAHIRAN INSANIAH:

1. para pelajar boleh mendapatkan buku KEMAHIRAN INSANIAH di HEP UiTM masing-masing. (penting untuk pelajar baru terumatanya, yang mendaftar semester Julai 2010 dan terkini).

2.pelajar dikehendaki mengisi setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang semester di dalam buku KEMAHIRAN INSANIAH dan hendaklah disahkan oleh pegawai yang berkenaan (PENASIHAT PERSATUAN/KELAB atau PEGAWAI HEP).

3.langkah seterusnya, pada setiap semester pelajar akan dikehendaki mengisi maklumat aktiviti di student portal UiTM kena login dulu lah ya..

4  pilih  e-HEP system : 
        PERINGATAN PENTING DAN MAKLUMAN ! 
            1. Markah KI boleh di key-in untuk 20122 - Semester 2 2011/2012 selewat-lewatnya 31 MAC 2012.
            2. Semua markah perlu dimasukkan sebelum tarikh berkenaan dan sebarang permintaan selepas tarikh        berkenaan tidak akan dilayan sama sekali.
           3. Sila rujuk Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) untuk maklumat lanjut.


5. semua maklumat ini akan disimpan dan pelajar akan mendapat transkrip KEMAHIRAN INSANIAH semasa grad nanti.

baucar buku 1Malaysia..


bertuahnya rakyat Malaysia kan??
pihak kerajaan memberi baucar buku 1 Malaysia kepada semua pelajar warganegara Malaysia.
tapi untuk pelajar sepenuh masa sahaja...
memanglah bersyukur dapat baucar tapi saya biasa beli buku dengan 
supplier buku yang datang ke universiti kami
disebabkan tengah semester break, terpaksalah habiskan baucar buku ni di POPULAR..
belanja lebih RM150 dapat keahlian percuma..

tetapi terkejut dengan berita pelajar menjual baucar untuk dapatkan duit.
ada ke patut buat macam tu..
memang tak patut kan....

pelajar jual baucar buku 1malaysia (bb1m) di internet bakal didakwa polis

Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat laporan polis berhubung dengan tindak beberap orang pelajar yang menjual Baucar Buku 1Malaysia di laman-laman internet seperti mudah.my. Mereka bakal di ambil tindakan la katakan.
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong  Baucar Buku RM200 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang..

janganlah rosakkan imej pelajar-pelajar di Malaysia..kesian kami.


Friday, January 27, 2012

LOVE AND ISLAM

C.I.N.T.A ...rasanya semua tahu apa itu cinta. Cinta sebenarnya adalah fitrah manusia sebagai makhluk Allah S.W.T yang diciptakan untuk bersujud, bersyukur dan mengagungkan asma Allah, bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT di atas kurniaan dan hidayahNya. cinta terbahagi kepada banyak bahagian antaranya: 



1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang paling agung dalam kehidupan seseorang manusia ialah cinta kepada Allah S.W.T yang telah menciptakan kita sebaik-baik kejadian.
Sinaran cinta kepada pencintanya yang satu mendorong keikhlasan untuk mengabdikan diri kepada  Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap dan teguh. Firman Allah SWT :
“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)
2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan Para Nabi
Manusia yang hidup dalam kegelapan memerlukan cahaya baru untuk terus berda di landasan yang dirahmati Allah S.W. T dan Rasullah s.a.w telah diutuskan oleh Yang Maha Esa untuk memimpin tangan hamba-hambanya untuk terus beramal ibadah kepada Allah S.W.T.
 Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para nabi yang telah banyak berusaha untuk membantu manusia ke jalan yang benar. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka."
3. Cinta Sesama Mukmin
Cinta sesama manusia tidak boleh dielakkan kerana kasih sayanglah yang mengeratkan persaudaraan di antara sesama manusia. Selain mencintai Allah dan rasulnya, manusia hendaklah menyayangi kedua ibu bapanya. Ibunya yang telah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari dan bertarung nyawa untuk melahirkan kesinambungan zuriat kurniaan Allah dan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”


Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah S.W.T :
“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)…
Inilah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya. amin

saya pinjamkan tulang rusuk saya untuk awak"

telah ditulis di dalam  Al-Quran bahawa wanita telah dijadikan daripada tulang rusuk kaum Adam iaitu lelaki. Bertuahnya jadi seorang wanita kerana kita tahu telah diciptakan penjaga untuk kita meniti masa depan.


Disebutkan dalam sebuah hadis,“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka layanlah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)


Ini adalah amanah daripada Allah S.W.T kepada para kaum Adam sekalian untuk menjaga wanita sebaiknya, berbuat baik kepada kaum wanita, tidak menzalimi mereka serta sentiasa menjaga hak-hak sebagai seorang wanita. Jika kita mengamati sebaiknya hadis tersebut, sesungguhnya wanita adalah kurniaan Allah Taala kepada kaum Adam untuk dipelihara sebaiknya agar maruahnya tidak dicemari sebarang noda. 


Dunia hari ini yang semakin moden seharusnya semakin mencabar kaum Adam untuk terus memelihara kesucian kaum Hawa. Semakin banyak penzinaan berlaku, kemaksiatan berleluasa di mana sahaja. Jadi di mana peranan kaum Adam yang seharusnya menjadi pelindung kaum Hawa???


Kaum Hawa yang sememangnya lemah dengan pujukan dan rayuan sang arjuna sanggup melakukan apa sahaja demi Adam yang dicintai. Kalau tidak mengikut apa yang diminta, dia tidak akan sayang saya lagi. Inilah kelemahan kaum Hawa.


Wahai Adam, bangkitlah kamu untuk menjadi pejuang yang besar melindungi kesucian kaum Hawa. Janganlah kamu cuba menyentuh Hawa walau sekelumit.








Wahai Hawa, tanamkanlah kekuatan dalam diri kamu melawan kehendak kaum Adam yang cuba menodai maruahmu. Percayalah, kamu lebih berharga daripada permata.





ADAM dan HAWA, jagalah kehormatan kamu. kamu akan lebih bahagia dan gembira tanpa kemaksiatan dan kemungkaran. walaupun kamu tidak dihormati oleh sahabat-sahabat kamu, percayalah nun di atas sana. ada yang bangga dengan kamu. amin.